Live Tutorial eKelas Minggu Ketiga Bulan September

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

21 September 2019 – Live Tutorial eKelas pada minggu ketiga bulan September mencatatkan seramai 34 orang kehadiran. Pada minggu ini kelas ulangkaji diadakan untuk semua tingkatan manakala bagi pelajar Tahun 6 pula, mereka dikehendaki menjawab soalan penilaian Sains dan Matematik melalui portal ekelas.com.my

Sebagai persediaan untuk peperiksaan tidak lama lagi, guru-guru membuat ulangkaji dengan menggunakan portal dan pelajar-pelajar juga boleh menjawab saoalan dan mengulangkaji melalui Learning Port.

Learning Port ini amat bermanfaat buat para pelajar kerana di dalamnya terdapat banyak soalan kuiz yang mengikut format SPM & PT3 dan boleh digunakan sebagai latih tubi. Terdapat juga nota-nota padat yang boleh dimuat turun dan dicetak untuk dibaca seabagai bahan ulangkaji. Maxis sebagai penaja Tuisyen Digital eKelas secara percuma ini amat berharap agar Learning Port ini dapat digunakan sebaik mungkin dan seterusnya membantu pelajar mendapatkan keputusan yang baik di dalam peperiksaan nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali